◉ HEADLINES

Kerja mengorek tanah kawasan letupan Putra Heights mula esok: Hussein

Ketua Polis Selangor berkata, dijangkakan laporan awal siasatan kejadian akan dapat disiapkan lebih awal berbanding jangkaan dua minggu sebelum ini

5:02 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Laporan awal siasatan kejadian insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini dijangka siap lebih awal berbanding tempoh dua minggu ditetapkan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini berikutan jangkaan kerja mengorek tanah di sekitar kawasan letupan akan dimulakan esok.

“Semalam kita menambah jentera dalam kerja menstabil dan mengorek tanah yang mana kita mula beroperasi 24 jam di kawasan kejadian.

“Agensi teknikal polis, bomba dan Jabatan Kerja Raya akan berada 24 jam untuk pantau ananlisa dan siasat setiap peringkat kerja mengorek, sehingga terdedah paip-paip yang terlibat dalam kebakaran itu.

“Jadi dengan perkembangan ini kita jangkakan laporan awal siasatan kejadian akan dapat disiapkan lebih awal berbanding jangkaan dua minggu sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kerja bagi menstabilkan tanah di kawasan berkenaan sudha berjalan 30 peratus.

“Kerja menanam cerucuk besi dijangka bermula hari ini, ini untuk membolehkan jentera boleh dibawa masuk ke kawasan terbabit untuk mengorek tanah dilakukan

“Kita jangka dalam tempoh dua atau tiga hari lagi kita dapat expose kawasan itu termasuk paip dan excavator yang tertanam,” katanya.

Selasa minggu lalu, satu kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, di sini pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kebakaran saluran paip gas Petronas sepanjang 500 meter yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya. – 8 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related