◉ HEADLINES

Najib hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi

Najib hadir di Masjid Negara selepas mahkamah membenarkan penangguhan prosiding perbicaraan 1MDB

10:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini.

Beliau tiba sekitar 10.35 pagi namun menggunakan pintu lain untuk masuk ke Dewan Solat Utama di Masjid Negara.

Kenderaan yang membawanya berhenti di lobi utama namun kemudian bergerak ke pintu belakang masjid.

Terdahulu, peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Najib telah mengemukakan permohonan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Jabatan Penjara hari ini.

“Pihak penjara sedang menguruskan perjalanan Najib ke Masjid Negara. Kami memohon agar perbicaraan pagi ini ditangguhkan.

“Mohon Najib dibenarkan keluar dari Mahkamah Tinggi pukul 10.15 pagi,” ujar beliau pada prosiding perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB),’’ katanya, lapor Malaysia Gazette.

Berikutan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan hingga esok.

Muhammad Shafee turut memberitahu, anak guamnya memohon dibenarkan meninggalkan mahkamah lebih awal kerana solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor. – 15 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related