◉ HEADLINES

Kesatuan Pekerja Pos Malaysia pertahan Charles Brewer, ‘beliau tidak bermaksud memperlekehkan kakitangan’

Charles Brewer tidak bermaksud merendahkan atau memperlekehkan kakitangan Pos Malaysia, cuma terdapat salah faham dan mengakui kesilapan tersebut

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kesatuan-Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia mempertahankan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Charles Brewer berhubung kenyataannya mengenai pakaian seragam yang tular baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, kesatuan itu berkata, Brewer tidak bermaksud merendahkan-rendahkan atau memperlekehkan kakitangan Pos Malaysia, cuma terdapat salah faham dan beliau sendiri mengakui kesilapan tersebut.

“Kesatuan telah mendapatkan penjelasan daripada beliau sehari selepas komen tersebut diviralkan. Kesatuan menyeru isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan sehingga menimbulkan salah faham terhadap niat sebenar beliau.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mendekati kakitangan di pelbagai peringkat serta berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli kesatuan dan kakitangan, termasuk turun padang bagi memahami serta menyelesaikan isu-isu yang dihadapi,’’ katanya hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia (Upus), Upus Sarawak dan Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Sabah (KEPPSES).

Isu ini mendapat perhatian apabila seorang kakitangan Pos Malaysia meluahkan mengenai pakaian seragamnya yang rosak dan koyak serta mempersoalkan bila akan menerima pakaian baharu, menerusi media sosial.

Brewer kemudiannya memuat hantaran balas yang menyatakan pekerja itu bernasib baik kerana tidak bekerja dengan mana-mana syarikat penghantaran asing yang langsung tidak menyediakan pakaian seragam.

Selepas menerima kritikan kerana tidak profesional, Brewer tampil membuat permohonan maaf berhubung responnya itu.

Dalam pada itu, kesatuan memberitahu semua kakitangan telah dimaklumkan pakaian seragam baharu akan dibekalkan dan kelewatan berlaku pada tahun ini disebabkan proses penambahbaikan dari segi material dan kualiti agar ia lebih sesuai serta selesa.

“Sebagai penyelesaian sementara bagi mengatasi kelewatan pakaian seragam, pihak Pengurusan Operasi akan mengedarkan jersi Pos Malaysia kepada anggota-anggota Kesatuan yang terlibat dan proses pengedaran ini akan dilaksanakan secara bersama di antara pihak kesatuan dan pengurusan,’’ katanya.

Tambah kesatuan, demi menjaga keselamatan kakitangan di unit penghantaran, Pos Malaysia memberi komitmen untuk menambah keperluan keselamatan seperti kasut keselamatan dan sarung tangan kepada posmen serahan. – 22 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

TM Bukit Jalil to host star-studded AllStar Legends clash featuring Gerrard and football greats

Former Premier League and international stars led by Steven Gerrard will reunite at Bukit Jalil National Stadium on October 3 for the AllStar Legends exhibition match, as organisers promise fans a world-class football spectacle packed with nostalgia, entertainment and global star power

◉ Related