◉ HEADLINES

Polis tahan bekas suami pempengaruh Kim Seri, susulan dakwaan penipuan pakej pelancongan di Korea Selatan

Kim Seri dipercayai sudah berkahwin dengan lelaki dari Korea Selatan bernama Choi Amin

7:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas suami kepada pempengaruh dan usahawan dikenali sebagai Kim Seri ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan melibatkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut.

Beliau dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai tangkapan ke atas bekas suami pempengaruh tersebut dalam masa terdekat.

Nama Kim Seri hangat diperkatakan pada tahun lepas selepas dakwaan yang tular di media sosial di mana seorang wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan yang membuka agensi pelancongan di Korea Selatan.

Menerusi video berkenaan, wanita itu mendakwa dia bersama rombongan ‘terkandas’ di lapangan terbang kerana tiada tiket penerbangan pulang ke tanah air seperti dijanjikan sebelum dimaklumkan terdapat masalah teknikal untuk membuat tempahan tiket.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina kemudiannya berjanji untuk memulangkan wang kepada pelanggan sebelum 1 Februari lalu.

Dia juga dikatakan sudah berkahwin dengan lelaki dari Korea Selatan bernama Choi Amin.

Pada 19 Disember lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis menerima 24 laporan daripada mangsa-mangsa yang terlibat dengan nilai kerugian sebanyak RM454,450.

Kes itu, katanya, disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – 27 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related