◉ HEADLINES

Tarif AS: kerajaan akan terangkan langkah diambil pada sidang khas Parlimen

Semua Ahli Parlimen boleh membincangkan kesan tindakan AS terhadap ekonomi negara dan langkah untuk mengatasinya

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sidang khas Parlimen pada 5 Mei ini akan menerangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan susulan isu tarif 24% yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, ia juga membolehkan semua Ahli Parlimen membincangkan kesan tindakan AS terhadap ekonomi negara dan langkah untuk mengatasinya.

“Inilah masa untuk semua parti dan semua rakyat fokus ke arah pertumbuhan negara. Angkat martabat negara ini.

“Malaysia ini negara hebat, mampu jadi negara contoh di antara negara terbaik di Asia dengan syarat kita bersatu dan bekerja kuat dengan mengangkat martabat ekonomi kita,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, hari ini.

Pada 2 April lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumkan negara itu akan mengenakan tarif asas sebanyak 10% kepada semua negara dan duti import lebih tinggi membabitkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24%.

Bagaimanapun, AS memberi penangguhan selama 90 hari kepada 75 negara termasuk Malaysia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Malaysia juga tidak bersetuju dengan kenaikan tarif itu namun terpaksa menerima kenyataan dan tangani dengan bijaksana.

“Sebagai negara dagang, tidak ada negara waima Amerika Syarikat yang harus menetapkan kadar (tarif) sewenang-wenangnya mengikut penilaian unilateral mereka. Kita terikat dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ini yang disebut multilateral.

“Kita gabung dengan banyak negara tetapi kita terpaksa terima kenyataan dan tangani dengan bijaksana,” kata beliau. – 27 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related