◉ HEADLINES

Kerajaan peruntuk RM40 juta, baik pulih rumah terjejas akibat letupan gas di Putra Heights

Bagi rumah- rumah yang musnah sepenuhnya, sebanyak RM300,000 diperuntukkan bagi setiap pemilik manakala rumah yang mengalami kerosakan di bawah 40%, RM150,000, kata Amirudin

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri telah meluluskan bantuan kira-kira RM40 juta bagi pembinaan semula dan baik pulih rumah-rumah yang terjejas dengan kebakaran saluran paip Putra Heights, di Subang Jaya, pada awal bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan 219 rumah yang mengalami kerosakan dan daripada jumlah berkenaan 81 unit dikategorikan sebagai musnah sepenuhnya iaitu kerosakan kepada struktur melebihi 40%.

Baki 138 unit rumah pula, katanya, mengalami kerosakan kepada struktur kurang daripada 40% ataupun kerosakan skala kecil.

“Dana sebanyak RM40 juta yang akan disalurkan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menetapkan bahawa bagi rumah- rumah yang musnah sepenuhnya, sebanyak RM300,000 diperuntukkan bagi membina semula rumah setiap pemilik.

“Manakala bagi rumah-rumah yang mengalami kerosakan di bawah 40%, RM150,000 telah ditetapkan sebagai kos siling pembaikan semula.

“Sebanyak 57 unit rumah yang tidak mengalami kerosakan kepada struktur tetapi memerlukan pembaikan berskala kecil telah ditetapkan sebanyak RM30,000 sebagai siling kos bagi setiap pemilik,’’ katanya pada sidang media hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menurut Amirudin, bagi pembinaan semula di Taman Putra Harmoni, Kerajaan Persekutuan telah melantik Sime Darby selaku pemaju asal kawasan supaya proses pembinaan ini dapat disegerakan iaitu dalam tempoh anggaran di antara 12 bulan hingga 24 bulan.

‘Syarikat Perumahan Nasional Berhad di bawah KPKT dipertanggungjawabkan untuk membaikpulih rumah-rumah di Kampung Kuala Sungai baru.

“Kedua-dua syarikat ini akan diberikan ruang oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk memasuki kawasan perumahan ini bermula esok, 1 Mei 2025,’’ katanya.

Amirudin turut memberitahu, penduduk di rumah-rumah yang mengalami kerosakan berskala kecil boleh mula menyampaikan invois dan tuntutan sama ada kepada Persatuan Penduduk ataupun secara terus kepada MBSJ mulai 6 Mei sehingga 28 Oktober 2025. – 30 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

◉ Related