◉ HEADLINES

PM lancar Kad Pekerja Madani, sejuta pekerja bakal nikmati diskaun

Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, OldTown White Coffee, ZUS Coffee, SOCAR dan Bateriku

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai sejuta ahli kesatuan pekerja bakal menikmati diskaun sehingga 30 peratus daripada lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan menerusi inisiatif Kad Pekerja Madani.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif itu ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini hari ini.

“Kad Pekerja Madani ini memberi peluang kepada ahli kesatuan yang memilikinya untuk menikmati diskaun bagi pelbagai kemudahan. Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan kepada golongan pekerja yang sentiasa gigih melaksanakan tugas dan amanah,” katanya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, OldTown White Coffee, ZUS Coffee, SOCAR dan Bateriku.

Beliau berkata perincian lanjut mengenai Kad Pekerja MADANI akan diumumkan dalam kenyataan media dalam masa terdekat.

Majlis sambutan dihadiri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Sumber Manusia Steven Sim serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, beberapa menteri Kabinet serta ketua-ketua agensi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Majlis sambutan Hari Pekerja 2025 yang bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” itu diserikan dengan kehadiran lebih 10,000 pekerja sektor awam dan swasta dari pelbagai latar industri. – 1 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related