◉ HEADLINES

Kerajaan jelaskan langkah hadapi tarif timbal balas AS di Parlimen hari ini

Mesyuarat Khas hari ini diadakan atas permintaan Perdana Menteri bagi membolehkan isu-isu semasa yang mendesak dibahaskan secara menyeluruh

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan memberi penerangan terperinci mengenai langkah serta perancangan kerajaan dalam mendepani tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif balas terhadap semua import ke negara itu.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menyampaikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula jam 11 pagi.

Penerangan itu dijangka menyentuh implikasi langsung tindakan AS terhadap ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan dan pelaburan serta pendekatan proaktif kerajaan dalam menyelaras respons merentas kementerian dan industri.

Ia turut merangkumi penilaian semula terhadap dasar semasa bagi industri tertentu serta perancangan jangka panjang bagi memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran ketegangan perdagangan global.

“Perdana Menteri akan menerangkan mengenai tindakan AS mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia,” menurut Aturan Mesyuarat itu.

Mesyuarat Khas hari ini diadakan atas permintaan Perdana Menteri, selaras  dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), bagi membolehkan isu-isu semasa yang mendesak dan memberi kesan langsung kepada rakyat dibahaskan secara menyeluruh.

Taklimat peringkat menteri yang diadakan di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) dijangka turut merangkumi strategi jangka pendek dan sederhana kerajaan dalam menghadapi tindakan tarif tersebut.

Selepas sesi penerangan, Ahli Parlimen akan diberi ruang untuk mengemukakan soalan, cadangan dan pandangan, sebelum sesi diakhiri dengan penjelasan daripada menteri-menteri berkaitan.

Pada 9 April lalu, pentadbiran AS mengumumkan penangguhan selama 90 hari terhadap tarif balas individu yang dikenakan ke atas kebanyakan negara, namun mengekalkan tarif asas sebanyak 10 peratus.

Keputusan itu diambil susulan bantahan dan kebimbangan disuarakan oleh lebih 75 negara, termasuk Malaysia terhadap pelaksanaan tarif yang dianggap mengejut dan bersifat unilateral. – 5 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related