◉ HEADLINES

‘Tertolaknya Nurul Izzah tak maksud penolakan kepada Anwar’: Saifuddin Nasution

Ketua Setiausaha PH itu berkata perebutan jawatan itu hanya antara Rafizi Ramli dan pencabarnya, tidak lebih dari itu dan ahli akan meneliti naratif sebelum membuat keputusan

12:35 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyanggah kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang membawa naratif kekalahan Nurul Izzah Anwar dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR akan memberi gambaran buruk kepada parti itu atau menandakan penolakan presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) berkata, perebutan jawatan itu hanyalah antara penyandangnya Rafizi dan pencabar Nurul Izzah, tidak lebih daripada itu.  

Menurutnya, beliau percaya 29,000 anggota parti yang akan mengundi dalam pemilhan parti pada 24 Mei ini sedang meneliti naratif itu sebelum membuat apa-apa keputusan. 

“Saya tak melihat begitu bahawa tertolaknya Nurul Izzah maksud penolakan kepada Anwar. Wujudnya parti (PKR) ini disebabkan insiden yang berlaku ke atas tubuh badan dia (Anwar). 

“Dalam tempoh itu, dia (Anwar) sudah 11 tahun masuk penjara dan kalau soal ditohmah, dimaki hamun dan diaib ini, tiada manusia yang telah melalui perkara itu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini. 

Berhubung gesaan Rafizi supaya anggota parti memilih Nuzul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan nanti, Saifuddin berkata, beliau menyifatkan gesaan itu sebagai sesuatu yang ‘unik’. 

“Saya ikuti ucapan tersebut dan saya rasa Rafizi memberikan asasnya dimana dia masuk (bertanding Timbalan Presiden) betul tapi pada masa yang sama dia mengajak. 

“Itu uniknya dalam Keadilan (PKR) ini, saya lawan kamu saya ajak perwakilan sokong kamu. Bukan sokong saya itu unik lah. Mana pernah berlaku dalam mana-mana parti politik lain tapi dalam Keadilan sahaja,” katanya. 

Terdahulu, Rafizi dalam siri ceramahnya di Kulim, Kedah mengajak perwakilan PKR supaya memenangkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR. 

Menurutnya, jika Nurul Izzah tewas dalam pemilihan itu ia boleh mencetuskan naratif atau polemik bahawa anggota parti menolak kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Rafizi menjelaskan bahawa beliau menerima hakikat bahawa kemenangan Nurul Izzah merupakan satu-satunya keputusan yang wajar dicapai dalam pemilihan kali ini, walaupun ada kemungkinan sebahagian anggota akar umbi berpandangan sebaliknya. 

Berikutan itu, beliau berkata, tidak ada jalan lain selain memastikan kemenangan ke atas Nurul Izzah, sekali gus menjadi Timbalan Presiden yang baharu, walaupun beliau adalah anak kepada Perdana Menteri. 

Sementara itu Saifuddin menjelaskan keputusannya tidak merebut jawatan nombor dua PKR dibuat demi kepentingan dan kelangsungan parti. 

Katanya, sebagai pendiri parti, beliau mahu melihat parti ini terus kuat dan stabil kerana pemilihan kali ini berbeza kerana PKR berada dalam kerajaan. 

“Kerana pendirian yang saya pegang adalah pemilihan dalam parti bukan ‘us versus them’ sebaliknya ‘we are together’. 

“Jadi, keputusan yang terbaik buat saya adalah tidak ikut serta menyertai pemilihan itu dan keutamaan saya lebih kepada penjaga kestabilan dan menjaga perpaduan dalam parti. 

“Itu yang saya fikirkan. Jadi, kerana itu, saya fikir saya tak boleh mempengaruhi keputusan orang lain tapi saya boleh mengawal keputusan saya,” katanya. – 13 Mei, 2025 

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related