◉ HEADLINES

‘Culture of fear’ buat Bersatu undur ke belakang: penganalisis

Penganalisis percaya budaya tersebut dipercayai cuba diinstitusikan oleh segelintir pemimpin dalam Bersatu yang masih sarat dengan “DNA Umno”

7:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Budaya politik berasaskan ketakutan (culture of fear) yang didakwa
mula meresap dalam Bersatu boleh menjejaskan kelangsungan parti itu terutama dalam usaha menarik sokongan orang muda.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, pendekatan politik ‘leader knows all’ tidak lagi relevan dalam lanskap politik semasa yang semakin dikuasai generasi celik teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI).

“Menerapkan ‘culture of fear’ berpotensi membawa Bersatu berundur ke belakang dan menghalang sokongan golongan muda.

“Sedangkan sokongan muda-mudi inilah akan menentukan kelangsungan Bersatu sebagai sebuah parti nasionalis Muslim yang koheren di sudut ideologinya,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau juga percaya budaya tersebut dipercayai cuba diinstitusikan oleh segelintir pemimpin dalam Bersatu yang masih sarat dengan “DNA Umno”.

“Saya percaya budaya ini cuba diinstitusikan oleh kalangan mereka yang terlalu tebal DNA Umnonya dalam Bersatu. Budaya ini dipopularkan dalam Umno pada era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden.

“Ramai pula pemimpin veteran Bersatu merupakan bekas anak didik Dr Mahathir dalam politik, dan tidak mengenali dunia politik melainkan melalui kacamata Umno acuan Dr Mahathir,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Bersatu tidak boleh dilihat sebagai klon Umno jika mahu kekal relevan dan membina masa depan politik yang lebih kukuh.

“Bersatu sama sekali tidak boleh memperjudikan nasibnya hingga digelar umno 2.0 oleh musuh-musuhnya dan mereka yang sangsi dengan masa depannya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bersatu perlu terlebih dahulu melakukan anjakan paradigma politik yang jelas jika berhajat untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Umno sebagai parti Melayu-Muslim utama negara.

“Potensinya untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Umno sebagai parti Melayu-Muslim terbesar memang ada, tapi ia mesti menerapkan elemen reformis termasuklah perjuangan melawan rasuah, di samping menghapuskan saki-baki mentaliti feudal dalam kalangan kepimpinannya,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan, ‘culture of fear’ didakwa semakin membarah dalam Bersatu sehingga menyekat kebebasan pemimpin dan ahli untuk bersuara, khususnya dalam isu kepimpinan negeri dan pelan peralihan kepimpinan.

Sumber parti berkata, tekanan itu datang daripada pemimpin yang dilantik ke jawatan strategik oleh Presiden parti.

Katanya, mereka menggunakan kedudukan tersebut untuk mengugut serta menekan pemimpin lain yang berani mengkritik atau menyuarakan pandangan.

“Memang ketika ini dalam parti Bersatu ada ‘culture of fear’ yang semakin menjadi-jadi.

“Berpunca daripada beberapa individu yang dari segi kedudukan politiknya lemah, dan mereka bergantung talian hayat melalui lantikan jawatan yang diberi Presiden parti,” katanya. – 20 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related