◉ HEADLINES

PKR parti reformasi, perbezaan diraikan tapi bersatu di bawah pimpinan Anwar: Ramanan

Calon Naib Presiden parti menekankan bahawa proses pemilihan bukan sekadar soal jawatan, tapi medan untuk memperkukuh parti dan idealisme reformasi

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR kali ini mencerminkan kematangan demokrasi dalam parti reformasi yang sentiasa meraikan perbezaan pandangan, namun kekal bersatu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri R. Ramanan. 

“Parti kita keluarga kita. Sebagai sebuah parti yang beteraskan pelbagai kaum dan agama, PKR sudah dan telah melalui dan merentasi pelbagai cabaran. 

“PKR adalah parti reformasi yang sentiasa meraikan perbezaan pandangan. Namun, yang paling penting, kita kekal bersatu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Ramanan, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta calon Naib Presiden PKR, proses pemilihan bukan sekadar soal jawatan, sebaliknya medan untuk memperkukuh parti dan memperkuat idealisme reformasi. 

“Pemilihan ini adalah manifestasi kekuatan akar umbi dan semangat perpaduan anggota. Ia bukan perkara asing bagi kita, kerana PKR telah lama melalui pelbagai cabaran dalaman dan luaran,” katanya. 

Timbalan Ketua Penerangan I parti itu turut menyeru semua anggota dan calon agar menjadikan pemilihan sebagai peluang memperkasa parti dalam menghadapi pilihan raya negeri dan umum akan datang. 

“Kita harus pastikan suara rakyat terus menjadi nadi perjuangan parti. Segalanya bermula daripada suara akar umbi,” ujar Ahli Parlimen Sungai Buloh itu. 

Ramanan menzahirkan keyakinan bahawa kesetiaan terhadap idealisme reformasi akan terus memperkukuh kedudukan PKR sebagai peneraju dalam landskap politik negara. 

“Bersama Presiden Anwar Ibrahim, kita harus mara sebagai satu pasukan. Kita hanya ada satu pasukan dalam parti ini. Perbezaan adalah kekuatan, dan demokrasi dalaman adalah bukti kematangan kita,” katanya. 

Pemilihan PKR tahun ini dilihat sebagai detik penting dalam menentukan barisan kepimpinan baharu yang mampu menggalas cabaran masa depan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan. – 21 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related