◉ HEADLINES

‘Masa itu tak timbul isu nepotisme’ soal Anwar

PM tepis dakwaan nepotisme berhubung pembabitan ahli keluarganya dalam parti menegaskan mereka muncul di saat parti sedang diuji

5:05 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan nepotisme berhubung pembabitan ahli keluarganya dalam parti dengan menegaskan kemunculan mereka dalam saat genting ketika parti sedang diuji.

Presiden PKR itu berkata, ketika beliau dipenjara, pada waktu itu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa memikul beban yang besar dengan mengambil alih tampuk kepimpinan PKR buat sementara waktu.

“People can say isteri, anak… tapi masa kita bertempur dulu, mana ada kongres. Masa saya masuk penjara, Azizah ambil alih.

“Masa tu tak timbul pun isu nepotisme,” katanya berucap dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk menyerahkan kepimpinan kepada Wan Azizah dibuat dalam keadaan terdesak, tanpa sumber kewangan mahupun jentera yang kukuh.

“Saya serahkan begitu saja, tiada dana, tiada jentera. Waktu itu tak ada siapa cakap pasal keluarga atau nepotisme. Saya hanya fikir siapa boleh pegang obor sementara saya dipenjara,” katanya.

Tambah Anwar, keputusan tersebut dibuat dalam masa yang singkat dan dia sendiri tidak menyangka tempoh “sementara” itu akan berlarutan selama bertahun-tahun.

Anwar turut berkongsi kisah anaknya, Nurul Izzah yang terpaksa meninggalkan universiti untuk menyertai perjuangan parti pada usia muda.

“Izzah dalam situasi itu terpaksa tinggalkan universiti dan digerakkan sebagai orang dewasa. Tapi masa tu, saya tak pernah dengar orang sebut nepotisme,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa pemilihan Nurul Izzah sebagai pemimpin parti adalah keputusan ahli, bukan atas kehendak dirinya.

“Azizah, ya, saya pilih masa itu. Tapi Izzah, saudara-saudara yang pilih. Jadi teruskan kerja,” katanya.

Istilah nepotisme dibangkitkan segelintir pihak termasuk dalam PKR yang bimbang kritikan terhadap parti itu susulan keputusan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

Sebelum ini, Wan Azizah menjadi presiden PKR sebelum Anwar menang tanpa bertanding pada 2018. – 24 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related