◉ HEADLINES

ASEAN perlu pertahan sistem multilateral, perkukuh model geo-ekonomi dengan GCC, China: Anwar

Anwar percaya sidang kemuncak tiga pihak ini menunjukkan kejayaan dalam membentuk semula matriks perkongsian yang selari dengan realiti multipolar

10:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ASEAN perlu mempertahankan sistem multilateral atau pelbagai hala dan memastikan model geo-ekonomi ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China terus memainkan peranan bermakna dalam membentuk masa depan yang lebih inklusif dan mampan untuk rantau ini dan rakyatnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penganjuran Sidang Kemuncak-GCC-China yang julung-julung kali diadakan mencerminkan semangat muhibah dan komitmen blok serantau itu untuk memperdalam dan memperluas kerjasama dengan kejelasan strategik.

“Saya percaya sidang kemuncak tiga pihak ini menunjukkan kejayaan dalam membentuk semula matriks perkongsian yang selari dengan realiti multipolar (sistem yang terdiri daripada beberapa pusat kuasa) hari ini.

“Ia melambangkan kuasa perpaduan blok serantau, yang sudah pasti, akan memberi impak positif kepada dunia secara keseluruhan,” kata beliau dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno) di sini hari ini.

Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama.

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China merupakan detik penting dalam memperkukuh kerjasama tiga pihak.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related