◉ HEADLINES

Roket Starship milik SpaceX meletup semasa ujian ke-9

SpaceX berkata, Starship mengalami kegagalan struktur secara tiba-tiba atau “rapid unscheduled disassembly”

12:04 PM MYT

 

WASHINGTON – Roket Starship milik SpaceX meletup ketika menjalani penerbangan ujian kesembilan semalam, cabaran yang perlu dihadapi syarikat Elon Musk selepas dua kegagalan misi awal tahun ini, menurut Anadolu Ajansi.

“Seolah-olah ujian penerbangan ini belum cukup mendebarkan, Starship mengalami kegagalan struktur secara tiba-tiba atau “rapid unscheduled disassembly”. Pasukan kami akan terus meneliti data dan bersedia untuk ujian penerbangan seterusnya.

“Dalam ujian seperti ini, kejayaan diukur melalui pelajaran yang diperoleh dan ujian hari ini akan membantu kami meningkatkan kebolehpercayaan Starship…,” kata SpaceX dalam kenyataan di platform X.

Roket setinggi 400 kaki itu berlepas pada jam 7.37 malam waktu Timur (2337GMT) dari tapak pelancaran SpaceX Starbase di Boca Chica, Texas, selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Ujian itu dijalankan susulan penambahbaikan yang dibuat selepas kegagalan peringkat atas roket pada Januari dan Mac lalu. – 28 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related