◉ HEADLINES

Amang seksual: polis selesai ambil keterangan artis terkenal

Siasatan mendapati perlakuan itu adalah yang pertama kali dilakukan suspek terhadap mangsa yang dikenali beberapa bulan lepas

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Selangor selesai merakam keterangan ke atas seorang artis terkenal yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan mendapati perlakuan itu adalah yang pertama kali dilakukan suspek terhadap mangsa yang dikenali beberapa bulan lepas.

“Suspek dan mangsa yang juga pelajar telah berkenalan sejak satu atau dua bulan lepas. Mereka pernah berhubung dan ini kali pertama suspek bawa mangsa ke hotel.

“Ini juga kali pertama suspek melakukan amang seksual,,’’ katanya, lapor Bernama hari ini.

Pada Selasa, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu suspek telah ditahan dan dirakam keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata kertas siasatan hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. – 6 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related