◉ HEADLINES

Pengumpulan data telekomunikasi tidak libat data peribadi, untuk statistik rasmi DOSM: Fahmi

Ia bertujuan menyokong pembentukan dasar berasaskan bukti termasuk bagi penambahbaikan infrastruktur rangkaian

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Data pengguna yang dikumpul daripada syarikat telekomunikasi (Telco) adalah bagi statistik rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurutnya, data yang diminta tidak mengandungi identiti dan maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.

“Ia tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi, tapi lebih merujuk kepada trend supaya maklumat yang lebih terperinci dapat kita kumpulkan mengenai mutu, tahap penglibatan, jumlah pengguna yang ada pada satu-satu mukim, satu-satu daerah.

“Sekarang ini banyak daripada maklumat tentang sektor telekomunikasi masih bersifat terlalu umum,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Korban Perdana Perpaduan anjuran Umno Bahagian Lembah Pantai di sini hari ini.

Baru-baru ini, agensi media South China Morning Post melaporkan bahawa MCMC telah mengeluarkan arahan mewajibkan syarikat telekomunikasi menyerahkan data semua panggilan telefon bimbit yang dibuat dari Januari hingga Mac.

Bagaimanapun MCMC dalam satu kenyataan pada Jumaat memperjelas bahawa data yang diminta tidak mengandungi identiti dan sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, keputusan itu, merupakan hasil persetujuan bersama oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan MCMC serta melibatkan agensi-agensi seperti DOSM dalam siri bengkel yang telah diadakan sejak 2023

“Kita juga telah mula untuk berubah daripada memberi maklumat secara umum kepada Kawasan Berpenduduk yang Diliputi (COPA).

“Jadi kita nak pastikan dengan data yang dapat dikumpulkan bawah DOSM nanti, lebih banyak perancangan, dasar dapat berasaskan bukti, evidence-based policy making dan membawa satu kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Fahmi berkata keputusan itu, merupakan hasil persetujuan bersama oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan MCMC serta melibatkan agensi-agensi seperti DOSM dalam siri bengkel yang telah diadakan sejak 2023.

Jadi perbincangan telah diadakan sejak sekian lama dan tak menjadi masalah. Malah syarikat telco saya difahamkan tidak akan memberi sebarang maklumat yang mengandungi data peribadi.

“Hanya anonymised data yang akan, sebaik mungkin, diproses oleh syarikat-syarikat telco sendiri,” katanya,” katanya. – 8 Jun, 2025


Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related