◉ HEADLINES

Kembalikan kuasa pengawalseliaan pengangkutan pelancongan kepada Motac: Tiong King Sing

Pemindahan kuasa itu menyebabkan berlaku situasi 'kelompongan pengawalseliaan' pada masa ini malah langkah pembaharuan dicadangkan Motac sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya

8:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menggesa supaya kuasa pengawalseliaan pengangkutan pelancongan dikembalikan kepada kementerian itu susulan nahas bas di Gerik, Perak pada Isnin lepas yang mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kuasa pengawalseliaan pengangkutan pelancongan telah lama berada dalam keadaan tidak seragam dan ia merupakan salah satu punca utama kemalangan sering berlaku dan pembaharuan sukar dilaksanakan.

Kemalangan tersebut, katanya turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakan antarabangsa, termasuk peserta program pelancongan dan pertukaran pelajar dari Asean, Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan.

Jelasnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pernah memegang kuasa penyeliaan di bawah Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594) sebelum dipindahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Selepas pemindahan kuasa ini, tiada rangka kerja pengawalseliaan yang menyeluruh serta merangkumi ciri-ciri perkhidmatan pelancongan, keperluan keselamatan pelancong dan piawaian antarabangsa tidak dapat diwujudkan.

“Ini menyebabkan situasi ‘kelompongan pengawalseliaan’ pada masa ini, oleh itu kami mendesak agar semua bahagian yang sebelum ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan dikembalikan sepenuhnya,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

King Sing berkata, Motac sebelum ini telah mencadangkan beberapa langkah pembaharuan termasuk had masa pemanduan harian untuk pemandu bas pelancongan kepada lapan jam, dua pemandu bagi perjalanan jarak jauh, rehat wajib sewaktu perjalanan, ujian air kencing sebelum memulakan perjalanan, sistem pengesan GPS masa nyata (real-time) dan pemantauan kelajuan, serta perlindungan insurans mandatori.

Bagaimanapun disebabkan kementerian itu tidak memegang kuasa pengawalseliaan secara langsung, langkah-langkah tersebut gagal dilaksanakan sepenuhnya dan risiko kepada pelancong masih berterusan.

Tegasnya, semua kementerian terbabit terutama Kementerian Pengangkutan perlu memandang serius kesan berantai daripada kelompongan pengawalseliaan ini dan mempercepatkan proses mengembalikan kuasa pengawalseliaan kepada Motac.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap dasar pelancongan dan pembinaan jenama negara, kami mempunyai komitmen untuk mempromosikan pelancongan sambil menjamin keselamatan pelancong.

“Oleh itu, membina mekanisme keselamatan yang menyeluruh dan sesuai dengan ekosistem industri, keyakinan antarabangsa dan jangkaan pelancong adalah tanggungjawab kami.

“Jika tidak, isu keselamatan pengangkutan yang berulang-ulang akan menjadi bebanan yang boleh menjejaskan usaha kita,’’ katanya. – 11 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related