◉ HEADLINES

Media dapat diskaun tiket 50% AirAsia ke negara Asean

Tempahan tiket akan dibuka sehingga 31 Disember bagi tempoh penerbangan pada April hingga September 2026

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengamal media tempatan yang memegang Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan (JaPen) berpeluang menikmati diskaun 50% secara one-off (sekali beri) bagi pembelian tiket penerbangan pergi dan balik AirAsia ke 57 destinasi negara Asean.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengumumkannya berkata, ia bagi menghargai sumbangan dan jasa pengamal media selain kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia. 

Tempahan tiket, katanya, akan dibuka hingga 31 Disember 2025 dengan tempoh penerbangan bermula April hingga September 2026 manakala butiran dan mekanisme tempahan tiket akan diumumkan oleh JaPen dalam masa terdekat.

Kerjasama seumpama itu, ujar Fahmi, menunjukkan sumbangan pengamal media mendapat pengiktirafan.

“Terima kasih AirAsia atas inisiatif yang murah hati ini. Langkah ini mengiktiraf sumbangan pengamal media dan membuka peluang besar untuk mereka meneroka dan berhubung dengan rantau Asean,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. 

Hawana dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga 4 Jun lalu, seramai 12,428 pengamal media aktif yang berdaftar dengan JaPen dan memiliki Kad Perakuan Media.

Jumlah berkenaan termasuk 12,297 warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai platform media cetak, penyiaran, digital dan portal berita dalam talian.

Sambutan HawanaA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara. 

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat. – 14 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related