◉ HEADLINES

Naib Ketua Umno Permatang Pauh meninggal dunia selepas tawaf di Makkah

Arwah dikatakan meninggal dunia ketika selesai melaksanakan tawaf di hadapan Kaabah dalam berpakaian ihram

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Umno Permatang Pauh, Norazamuddin Ahmad, 56, dilaporkan telah meninggal dunia di Makkah, malam tadi.

Difahamkan Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Azam meninggal dunia selepas terjatuh sebaik selesai melaksanakan tawaf di hadapan Kaabah dalam ihram.

Menurut Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, berita kematian Azam disampaikan isteri Allahyarham pada jam 9 malam Sabtu.

“Ketika waktu Maghrib semalam, saya ada cakap telefon dengan arwah. Dia beritahu dia tak berapa larat tetapi berkeinginan untuk naik ke Gua Hira.

“Saya nasihatkan dia supaya tidak meneruskan niatnya kerana lokasi gua itu jauh dan dengan keadaannya yang keletihan, saya rasa tak sesuai.

“Arwah pun akur. Kami menamatkan panggilan dan selepas dua jam, isterinya mengirimkan teks memberitahu arwah terjatuh selepas selesai tawaf.

“Isteri arwah memohon mendoakan kesihatan arwah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Mesyuarat Perwakilan Umno Permatang Pauh di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Mohd Zaidi berkata, selang lima minit kemudian, isterinya memaklumkan bahawa Azam telah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan masih berpakaian ihram.

“Saya mohon semua yang ada di sini supaya sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah,” katanya. – 15 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related