◉ HEADLINES

JSJK terima tiga laporan penipuan pakej haji babit 47 warga emas

Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman berkata tiga laporan polis itu dibuat masing-masing dua di Mantin, Negeri Sembilan dan satu di Ayer Hitam, Johor

11:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, mengesahkan tiga laporan polis diterima membabitkan penipuan pakej haji sekumpulan jemaah warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan merbahaya di Arab Saudi.

Muhammed Hasbullah berkata laporan itu dibuat ahli kelurga mangsa di Malaysia.

Beliau berkata, tiga laporan polis itu dibuat masing-masing dua di Mantin, Negeri Sembilan dan satu di Ayer Hitam, Johor.

“Perkara itu kini sedang diteliti dengan serius oleh JSJK dan siasatan merangkumi pelbagai elemen. Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan wujud unsur penipuan rentas sempadan.

“Keterangan dan bukti sedang dikumpul berkenaan kemungkinan sindiket tersebut bekerjasama dengan ejen tertentu atau pun tidak.

“Pihak kami menunggu kepulangan semua mangsa untuk dirakam percakapan dan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya memetik laporan BH, hari ini.

Semalam, akhbar itu melaporkan perjalanan 47 jemaah warga emas Malaysia untuk menunaikan haji bertukar mimpi ngeri apabila ditipu ejen haji tempatan dipercayai membabitkan seorang guru agama terkenal.

Jemaah terbabit mendakwa dipaksa meredah laluan berbahaya termasuk berjalan tanpa dokumen untuk ke Makkah sebaik tiba di Jeddah, susulan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi terhadap jemaah yang tidak mempunyai visa haji.

Anak kepada pasangan warga emas yang menjadi mangsa penipuan ejen berkenaan, Sharifah Azzahra, berkata ibu, bapa dan ibu saudaranya bertolak ke Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama ejen berkenaan pada 9 Mei lalu.

Warga emas yang menyertai rombongan dikendalikan ejen berkenaan terkejut apabila mendapat tahu mereka tidak dibenarkan ke kota Makkah susulan tiada visa haji sebaik tiba di Jeddah.

Berikutan tiga laporan polis yang diterima itu, JSJK membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu bagi membolehkan pihak polis mengumpul keterangan dan menjalankan siasatan lanjut.

“Pada masa ini, siasatan masih di peringkat awal untuk mengenal pasti individu atau agensi tempatan yang bertindak sebagai ejen pemudah atau pengantara dalam aktiviti tawaran haji ini.

“JSJK akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyenarai hitam syarikat yang menawarkan pakej tanpa kelulusan,” katanya yang menegaskan langkah ini penting bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya sentiasa membuat semakan dengan agensi berautoriti sebelum menerima sebarang tawaran berkaitan haji. – 15 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related