◉ HEADLINES

PRIME bantu tingkat siapsiaga hadapi bencana, kecemasan: Fahmi

PRIME, inisiatif strategik MCMC berkeupayaan memastikan ketersambungan komunikasi stabil, fleksibel dan boleh dipercayai terutama ketika liputan komunikasi rangkaian terestrial sedia ada terganggu atau terhad

4:44 PM MYT

 

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam berhadapan dengan situasi bencana dan kecemasan di tempat awam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME adalah inisiatif strategik Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kemudahan Prime dibangunkan pada kos RM1 juta bagi setiap unit.

“PRIME berkeupayaan memastikan ketersambungan komunikasi yang stabil, fleksibel dan boleh dipercayai ketika operasi bantuan terutamanya apabila liputan komunikasi rangkaian terestrial sedia ada terganggu atau terhad.

“Pelaksanaan PRIME juga akan memperkukuh kerjasama antara MCMC dengan pelbagai agensi strategik dalam pengurusan bencana dan kecemasan, sekali gus meningkatkan kecekapan tindak balas dan ketahanan komunikasi negara.

“Selain itu, PRIME juga turut menyokong program jangkauan komuniti seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai hab digital bergerak yang membolehkan perkhidmatan Internet dipamerkan dan aktiviti komuniti dilaksanakan terus di lokasi sasaran,” katanya pada pelancaran PRIME hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi berkata, inisiatif itu akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem komunikasi yang lebih inklusif dan responsif, serta menjadi pemangkin kepada transformasi digital
masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Sebagai permulaan, tiga unit PRIME akan dibangunkan secara berperingkat. Unit pertama yang dilancarkan hari ini akan ditempatkan di Ibu Pejabat MCMC bagi menyokong operasi di Semenanjung.

“Manakala dua lagi unit akan disiapkan menjelang akhir 2025 dan ditempatkan di Pejabat MCMC di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu pada sidang medianya, beliau berkata, keberkesanan penggunaan PRIME akan diteliti untuk satu tempoh tertentu sebelum sebarang penambahbaikan dilakukan
MCMC.

“Setelah kita teliti penggunaannya selama satu tempoh saya akan minta supaya MCMC mengkaji kesesuaian iaitu menambah baik fungsi-fungsi, kedua, menambah jumlah unit yang yang dikendalikan MCMC.

“Setelah kita lihat kemampuan dan juga perjalanan penggunaan peralatan ini saya akan minta supaya diteliti apakah mungkin fungsi-fungsi yang tidak dimasukkan boleh ditambah baik.

“Sebagai contoh, penggunaan dron, ada speaker yang boleh menerima maklumat seperti mikrofon supaya sekiranya ada mana-mana kumpulan yang ingin diselamatkan berada sedikit jauh maka mereka juga boleh bercakap dengan pasukan yang mengendalikan peralatan PRIME ini,” katanya. – 16 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related