◉ HEADLINES

KPN tidak pernah jadi ahli dan pegang jawatan dalam PKR: Fuziah

Penyebaran profil yang salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti sebagai Ketua Polis Negara

10:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, seperti yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar tempatan semalam.

Justeru, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, penyebaran profil yang salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti sebagai Ketua Polis Negara.

“Selain itu ia boleh menimbulkan persepsi negatif kepada PKR sebagai parti pemerintah sekiranya terdapat rakyat mempercayai bahawa lantikan Mohd Khalid dibuat atas dasar lantikan politik.

“PKR kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15 Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Khalid, 60, dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain, berkuatkuasa semalam.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.

Menurut Fuziah, PKR berpendirian kesilapan itu tidak wajar berlaku dan menggesa agar satu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak akhbar terbabit.

Fuziah turut menyertakan lampiran senarai Pengerusi MPN Kedah mengikut tahun lantikan.

1999 – Tan Sri Johari Abdul
1999 – Datuk Sheikh Azmi Ahmad
2000 – Tan Sri Johari Abdul
2004 – Akashah Ismail
2005 – Tan Sri Johari Abdul
2007 – Datuk Zamri Yusuf
2008 – Datuk Ahmad Kasim
2010 – Datuk Wan Salleh Wan Isa
2013 – Tan Sri Johari Abdul
2014 – Dr Azman Ismail
2018 – Tan Sri Johari Abdul
2022 – Nurul Izzah Anwar
2023 – Nurin Aina Abdullah

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related