◉ HEADLINES

Stor simpanan minyak di Taman Megah Ria, Johor, terbakar, penduduk diarah pindah

Penduduk yang menetap kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian diarahkan berpindah

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang yang dipercayai menjadi stor simpanan minyak di Taman Megah Ria di Kempas, Johor Bahru, terbakar tengah hari tadi, memaksa penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari lokasi kebakaran mengosongkan kediaman masing-masing.

Kebakaran itu dipercayai bermula 12.30 tengah hari mengakibatkan kepulan asap hitam tebal setinggi hampir 100 meter.

Penduduk yang diminta berpindah ialah mereka yang menetap di sekitar Jalan Kempas 7, sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, bekalan elektrik ke kawasan perumahan berhampiran turut diputuskan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor giat menjalankan operasi pemadaman dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kejadian berkenaan kini tular di media sosial, dengan netizen memaklumkan sehingga kini usaha memadam kebakaran masih giat dijalankan.

Beberapa letupan kecil juga kedengaran dari tempat kejadian. – 21 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related