◉ HEADLINES

Kes rasuah Ismail Sabri: SPRM akan failkan permohonan lucut hak wang RM170 juta

Menurut Tan Sri Azam Baki, timbalan pendakwaraya setuju untuk memfailkan permohonan yang dikaitkan dengan siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas perdana menteri dalam tempoh dua minggu

12:41 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan permohonan bagi melucutkan hak ke atas wang berjumlah RM170 juta berhubung siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan telah selesai dan kertas siasatan kini berada di tangan timbalan pendakwa raya (DPP).

“Kes ini telah pun selesai dan sudah berada di tangan timbalan pendakwaraya. Maklumat yang saya terima setakat ini, mereka setuju untuk memfailkan permohonan dalam tempoh mungkin dua minggu.

“Ini bagi menyediakan semua afidavit dan dokumen berkaitan untuk melucut hak – pertamanya wang lebih kurang RM170 juta yang saya pernah tunjukkan dahulu. Terpulang kepada Datuk Seri Ismail Sabri sekiranya beliau ingin mencabar permohonan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, sebarang keputusan berhubung pertuduhan jenayah terhadap Ahli Parlimen Bera itu belum diputuskan dan SPRM masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak DPP.

Ditanya sama ada Ismail Sabri akan didakwa, Azam berkata pihaknya optimis perkara itu akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan lebih.

“Saya rasa dalam tempoh sebulan lebih ini DPP akan buat keputusan. Saya pun memang mohon pihak DPP supaya tidak mengambil masa panjang kerana ini melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil tujuh kali oleh SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau disiasat berkaitan perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika menjawat jawatan perdana menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 3 Mac lalu, Azam mengesahkan Ismail Sabri adalah suspek dalam siasatan selepas SPRM menemui wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di sebuah premis simpanan khas hasil serbuan. – 25 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related