◉ HEADLINES

Kontrak Ahmad Shabery sebagai Pengerusi Felda tamat semalam

Felda berkata tugas rasmi terakhir beliau adalah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Felda semalam

9:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kontrak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tamat, berkuat kuasa semalam. 

Perkara itu diumumkan Felda dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Felda dalam kenyataan itu berkata tugas rasmi terakhir beliau adalah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Felda semalam. 

“Sepanjang dua tahun menerajui Felda, beliau telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara Felda dan anak syarikat, terutama dalam mempercepat penyahsenaraian FGV Holdings Berhad sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij Felda.

“Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan ‘Segalanya Felda’ yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti,” kata kenyataan itu.

Pengurusan dan seluruh warga Felda merakamkan penghargaan terhadap jasa, bakti dan kepimpinan Ahmad Shabery sepanjang memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda.

Untuk rekod, Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai 2023. – 1 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related