◉ HEADLINES

PAS Selangor sangsi laporan Putra Heights, ‘tiada pemaju dinamakan, tiada kontraktor didakwa’

Adakah ini gambaran sebenar tahap keprihatihan dan ketelusan kerajaan negeri Selangor dalam menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat?, soal Pesuruhjaya PAS Selangor

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS Selangor mempersoal laporan akhir siasatan insiden letupan paip gas Putra Heights yang disifatkan menimbulkan banyak persoalan, termasuk kegagalan menamakan pemaju serta kontraktor terlibat, selain hanya menyalahkan tanah serta paip sebagai punca kejadian.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ab Halim Tamuri berkata, adakah ini gambaran sebenar tahap keprihatihan dan ketelusan kerajaan negeri Selangor dalam menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat?

“Tiada pemaju dinamakan, tiada kontraktor didakwa, dan akhirnya tanah serta paip yang dipersalahkan, elemen yang tidak mampu mempertahankan diri.

“Insiden ini bukan hanya mencerminkan kegagalan struktur infrastruktur, tetapi juga membongkar kelemahan dalam tadbir urus, ketelusan dan integriti pentadbiran kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media di Puchong hari ini.

Beliau turut mempersoalkan jawapan umum diberikan JKKP yang hanya menyebut ‘faktor antropogenik’.

“Laporan berkenaan mendakwa punca kejadian adalah akibat tanah lemah di bawah
struktur paip serta tekanan berulang, namun langsung tidak menjelaskan bagaimana
kerja tanah boleh berlaku dalam kawasan Right of Way (ROW) paip berkenaan.

“Apabila ditanya mengenai kewujudan aktiviti kerja tanah di atas laluan paip, pihak JKKP hanya memberikan jawapan umum dengan menyebut “faktor antropogenik” tanpa sebarang penjelasan konkrit.

“Sedangkan rakaman dashboard camera sehari sebelum kejadian jelas menunjukkan
aktiviti kerja tanah sedang berlaku di lokasi tersebut.

“Lebih mengejutkan kerja korekan tanah itu dijalankan oleh kontraktor yang kini sedang dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Ini menimbulkan persoalan besar berhubung pemantauan dan ketelusan yang diberikan kepada kontraktor tersebut,” katanya.

Adun Paya Jaras itu juga mempersoalkan siapakah pihak yang memberikan kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja korekan di kawasan berisiko tinggi terbabit.

“… dan mengapa tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap pemaju dan kontraktor terlibat.

“Bagaimana laporan penyiasatan boleh menyatakan bahawa semua kerja telah mematuhi operasi prosedur standard, sedangkan bukti menunjukkan sebaliknya?” soal beliau.

Tambah Ab Halim lagi, laporan audit yang dijalankan terhadap Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Koridor Utiliti Selangor (Kusel) juga tidak dibentangkan kepada umum.

“PAS Selangor akan terus menggesa kerajaan negeri agar satu siasatan bebas dan menyeluruh dijalankan semula oleh badan bebas yang tidak mempunyai kepentingan,” katanya.

Terdahulu JKKP mengesahkan insiden letupan paip bawah tanah di Putra Heights disebabkan kegagalan paip berikutan keadaan tanah di bawah saluran itu yang tidak cukup kuat untuk menampung berat dan tekanan paip.

Pengarah (Bahagian Keselamatan Petroleum) JKKP, Husdin Che Amat berkata, keadaan itu menyebabkan paip menjadi tidak stabil, bocor, dan akhirnya meletup.

Siasatan polis turut menolak sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti sebagai punca sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan mencetuskan letupan berkenaan.

Dalam kejadian 1 April lalu, letupan paip gas itu menyebabkan kebakaran besar dan kemusnahan harta benda dalam skala besar.

Insiden letupan yang berlaku kira-kira jam 8.10 pagi pada Hari Raya Aidilfitri kedua itu telah menjejaskan seramai 529 penduduk daripada 118 keluarga. – 3 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related