◉ HEADLINES

Tommy Thomas menang rayuan mohon hakim perbicaraan tarik diri

Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa ia melihat bahaya berat sebelah yang nyata di pihak hakim perbicaraan, walaupun ia mungkin tidak disengajakan

12:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan bekas Peguam Negara (AG) Tommy Thomas untuk meminta seorang hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar tuntutan saman pendakwaan berniat jahat yang difailkan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Pada Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain telah menolak permohonan Thomas agar beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Hakim Faizah Jamaludin menyatakan bahawa panel mahkamah atasan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menilai sama ada terdapat sebarang kecenderungan daripada pihak hakim perbicaraan, kerana mereka tidak terlibat dalam kes tersebut.

“Kami merasakan terdapat bahaya berat sebelah yang nyata daripada pihak hakim perbicaraan, walaupun mungkin tanpa niat,” katanya lapor FMT.

“Kami memerintahkan hakim (Roz Mawar) untuk menarik diri daripada mendengar perbicaraan dan semua prosiding berkaitan,” kata Faizah, yang membacakan alasan bagi keputusan sebulat suara itu.

Hakim Supang Lian dan Ahmad Fairuz Zainol Abidin turut berada dalam panel tersebut.

Panel hakim turut memerintahkan Shahrir untuk membayar kos RM30,000 kepada Thomas.

Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, memfailkan saman itu pada Disember 2022, menamakan Thomas, bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, SPRM, dan kerajaan sebagai defendan.

Pada 21 Januari 2020 Shahrir didakwa atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada mantan Perdana Menteri Najib Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013 kepada LHDN.

Thomas, yang merupakan Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari 2020, menafikan sebarang penyalahgunaan kuasa dan menyatakan bahawa keputusan pendakwaan hanya dibuat selepas mengkaji kertas siasatan daripada agensi-agensi berkaitan.

Thomas turut menjelaskan bahawa beliau telah meletak jawatan pada 28 Feb 2020, manakala perbicaraan jenayah terhadap Shahrir bagi pertuduhan berkenaan hanya bermula pada 26 Julai 2022.

Pada 5 Jan 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin telah melepas dan membebaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). – 4 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related