◉ HEADLINES

4 maut, 6 hilang dalam kejadian bot karam di Pantai Belawai

JBPM berkata ia membabitkan bot membawa 17 penumpang warga Indonesia dari Jeti Nelayan Kampung Belawai menuju ke Jeti Ladang Kelapa Zion Pelita

8:33 PM MYT

 

MUKAH – Empat disahkan maut manakala enam lagi hilang selepas sebuah bot jenis fiber karam di perairan Pantai Belawai dekat Kampung Belawai di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada 2.11 petang membabitkan bot membawa 17 penumpang warga Indonesia dari Jeti Nelayan Kampung Belawai menuju ke Jeti Ladang Kelapa Zion Pelita.

Beliau berkata tujuh mangsa berjaya diselamatkan terdiri daripada empat lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki manakala empat mangsa ditemukan meninggal dunia melibatkan dua wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Enam lagi mangsa masih belum ditemukan terdiri daripada lima lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sejurus pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis tiba di lokasi pada 3.12 petang bersama aset logistik terdiri daripada satu jentera FRT, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot penyelamat.

Beliau berkata pencarian dilakukan di permukaan air dalam radius tiga kilometer dari lokasi bot karam dengan bantuan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Sarawak Coast Guard, RELA dan penduduk kampung.

Bagaimanapun operasi terpaksa ditangguhkan pada 6 petang berikutan cuaca gelap dan akan disambung esok pagi bersama Pasukan Penyelam (PPDA) Zon Bomba Sibu dan Betong.

Komander Pasukan Keluaran Operasi PBK I Adam Gauk memaklumkan siasatan awal mendapati bot tersebut turut membawa barangan keperluan harian ke jeti pekerja ladang. – 5 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related