◉ HEADLINES

‘Soal Adams itu kita ikut prosesnya…masih terlalu awal’, kata PM

Perdana Menteri berkata kerajaan akan mempertimbang dan pada masa sama pastikan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat kekal baik

3:59 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ada proses perlu dilalui dalam mempertimbangkan pemilihan Nick Adams sebagai duta Amerika Syarikat (AS) yang dibantah pelbagai pihak.

Menurut beliau, masih terlalu awal untuk mengatakan Adams bakal dipilih menggantikan Edgard Kagan, diplomat kerjaya yang dicalonkan bekas presiden AS Joe Biden pada Mei 2023.

“Soal Adams itu kita ikut prosesnya…masih terlalu awal dan kerajaan tentunya akan memberikan pertimbangan.

“Dalam keadaan yang sama kita akan menjaga hubungan baik di antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya kepada media selepas solat Jumaat di Presint 14.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan turut dipetik berkata masih terlalu awal untuk mengulas kemungkinan pempengaruh Australia-AS itu bakal dilantik sebagai duta ke Malaysia.

Menurut Mohamad Hasan, pelantikan Adams masih belum disahkan oleh Senat AS.

The New York Times, pada 11 Julai lalu melaporkan Presiden Donald Trump mencalonkan Adams untuk berkhidmat sebagai duta AS ke Malaysia.

Adams, seorang pro-Zionis dan mendakwa dirinya ‘lelaki alfa’, berkata beliau teruja dengan pencalonan itu dan berjanji menyebarkan kemurahan hati Trump kepada rakyat Malaysia.

Beliau juga dikatakan teruja untuk merasai pengalaman budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Pencalonan Adams bagaimanapun berdepan kritikan banyak pihak di negara ini. – 18 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related