◉ HEADLINES

Pengumuman esok adalah penghargaan yang dijanjikan kepada rakyat: PM

Perdana Menteri berharap supaya pengumuman itu memberikan manfaat kepada rakyat selain menjadi cerminan usaha bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman yang akan dibuat esok merupakan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Madani kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.

Menurut Perdana Menteri, pengumuman itu juga diharap dapat memberikan manfaat kepada rakyat terbanyak, selain cerminan untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.

“Insya-Allah, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.

“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,’’ katanya menerusi hantaran di media sosialnya, Facebook, hari ini.

Menerusi poster yang dimuatnaik dalam media sosialnya, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung serentak menerusi media utama negara.

Terdahulu, Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengumuman itu akan dibuat pada jam 10.30 pagi esok.

Anwar sebelum ini membayangkan akan mengumumkan berita baik kepada rakyat Malaysia yang akan memfokus kepada isu kos sara hidup.

Ia menarik perhatian ramai yang tertanya-tanya apakah pengumuman penting yang bakal dibuat oleh beliau.

Pada 14 Julai lalu, Perdana Menteri memuatnaik poster misteri yang tertera ‘akan datang, satu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia’ di dalam akaun media sosial Facebook milik beliau.

Dalam hantaran ringkasan berkenaan beliau menulis:

‘Nantikan’.

Sejak itu, rakyat Malaysia menzahirkan pelbagai harapan termasuk usaha kerajaan untuk menangani tekanan kos sara hidup. – 22 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related