◉ HEADLINES

‘Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat’: Anwar

Perdana Menteri berkata ia menjadi cerminan usaha bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera

8:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan, penghargaan yang akan diumumkan hari ini adalah tanda keprihatinan kerajaan Madani kepada rakyat.

Beliau berkata, ia juga kerana rakyat sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.

“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya.

Perdana Menteri terdahulu dilaporkan berkata, beliau akan mengumumkan penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia.

Katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Semalam Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan pengumuman itu akan dibuat pada jam 10.30 pagi ini. – 23 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related