◉ HEADLINES

Himpunan Turun Anwar: ‘DBKL suruh buka pentas’ dakwa Ketua Pemuda PAS

Penganjur mendakwa penguatkuasa meminta pentas tersebut dibuka

11:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meminta penganjur himpunan membuka pentas yang dinaikkan di Dataran Merdeka, sempena Himpunan ‘Turun Anwar’ petang ini.

Dalam tulisannya di Facebook, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS berkata, DBKL meminta pentas dibuka pada 10 pagi tadi manakala polis pula memberitahu hanya dua kenderaan pacuan empat roda dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

“10 pagi: DBKL suruh buka pentas. Polis kata hanya boleh bawa masuk 2 buah pacuan 4 roda sahaja.

“3.30 pagi tadi, Polis kata boleh bawa masuk 2 buah pacuan 4 roda, boleh pasang pentas, boleh letak kerusi, boleh pasang backdrop.

“Bila kita dah siap pasang, dia suruh bukak pulak. Semalam cakap lain. Pagi ni cakap lain,’’ katanya yang mempersoalkan sama ada ia merupakan satu provokasi.

Dalam pada itu, media melaporkan anggota polis sudah meningkatkan kehadiran di ibu kota menjelang himpunan tersebut yang dijadualkan bermula tengah hari ini.

Kehadiran pasukan keselamatan itu polis boleh dilihat di kawasan sekitar Dataran Merdeka, pusat beli belah Sogo selain Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Negara.

Kehadiran peserta pula dilaporkan sejak awal pagi tadi dan dijangka bergerak ke Dataran Merdeka pada 2 petang ini.

Mereka hadir dengan berpakaian hitam dan ada yang datang dari Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.

Selain Kompleks Sogo, peserta turut berhimpun di empat lagi lokasi lain iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberikan kerjasama sewajarnya terhadap himpunan yang ditunjangi parti Pas pada Sabtu ini agar dapat dibantu tanpa sebarang intimidasi atau sekatan tidak wajar.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pendirian Kerajaan Madani adalah jelas dan konsisten bagi merayakan demokrasi.

Katanya, hak untuk bersuara termasuk daripada pihak yang menentang Kerajaan adalah satu elemen penting dalam negara yang bebas dan adil.

Dalam pada itu, sebanyak 16 laluan di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur akan mengalami lencongan lalu lintas berikutan himpunan Turun Anwar hari ini. Himpunan itu dijangka berakhir pada jam 5.15 petang. – 26 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related