◉ HEADLINES

Satira kartun: Ketua Penerangan PAS akan ambil tindakan undang-undang

Fadhli turut menyifatkan isu tersebut sudah semakin reda

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang pimpinan sayap pemuda sebuah parti politik, berikutan isu karikatur satira haiwan.

Menurut Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, surat tuntutan (LOD) telah diuruskan ke atas mereka kerana didakwa sengaja menyebarkan tohmahan atas pemahaman yang salah berkaitan dengan hantaran di Facebooknya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu terbabit.

“Isu tersebut sudah semakin reda dan bahan-bahan sudah banyak yang dikumpulkan bagi tujuan berkenaan.

“Jika ada lagi, kita kumpulkan dahulu. Hari ini, mula uruskan LOD (surat tuntutan) untuk dua orang terlebih dahulu (iaitu) seorang Ahli Parlimen dan seorang pimpinan sayap pemuda sebuah parti.

“Kerana sengaja sebarkan tohmahan atas pemahaman yang salah berkait posting di alamat https://www.facebook.com/share/p/1AufwWya6u/?mibextid=wwXIfr. Yang lain akan menyusul. Slow-slow, satu-satu,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini beberapa pihak menggesa Fadhli supaya memohon maaf secara terbuka susulan tindakannya memuat naik karikatur satira haiwan di laman sosial Facebooknya, yang didakwa merujuk isu rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.

Hantaran dan gambar satira yang menampilkan figura hakim berupa monyet di hadapan biri-biri dan kambing yang berebutkan pisang dipercayai merujuk usaha Malaysia merintis jalan damai dalam perang antara Thailand dan Kemboja.

Hantaran tersebut bagaimanapun telah dipadamkan.

Media melaporkan Fadhli juga enggan memohon maaf dan menyerahkan perkara tersebut kepada polis. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related