◉ HEADLINES

ATM mudah cara mesyuarat GBC Thailand-Kemboja di Kuala Lumpur

Malaysia ialah lokasi berkecuali yang dipersetujui secara bersama oleh Thailand dan Kemboja untuk Mesyuarat GBC kali ini

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memudah cara Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) antara Thailand dengan Kemboja di Kuala Lumpur dari 4 hingga 7 Ogos ini.

Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat GBC itu diadakan bertujuan menyelesaikan pertikaian sempadan antara dua negara, sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang dimeterai di Malaysia pada 28 Julai lepas.

“Malaysia ialah lokasi berkecuali yang dipersetujui secara bersama oleh Thailand dan Kemboja untuk Mesyuarat GBC kali ini. Terma Rujukan (ToR) penempatan Atase Pertahanan sebagai pasukan interim serta penempatan Kumpulan Pemantau ASEAN akan menjadi sebahagian daripada agenda GBC,” menurut kenyataan itu hari ini.

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada tengah malam, 28 Julai, dicapai menerusi mesyuarat khas di Malaysia, yang membawa kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu ke meja rundingan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak.

 Mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, menyaksikan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai bersama-sama bersetuju terhadap perjanjian gencatan senjata selepas beberapa minggu ketegangan meningkat.

Sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditandai secara rasmi itu telah lama menjadi isu sensitif antara kedua-dua negara, yang beberapa kali mencetuskan ketegangan dan menjejaskan hubungan diplomatik.

Ketegangan memuncak pada 28 Mei apabila berlaku pertempuran di kawasan sengketa Preah Vihear, menyebabkan seorang tentera Kemboja terkorban. – 2 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related