◉ HEADLINES

JPJ keluar 1,489 saman VEP bernilai RM445,800

Dalam tempoh 1 Julai hingga Sabtu lalu, 14,379 kenderaan Singapura telah diperiksa di luar kedua-dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan sekitar bandar raya Johor Bahru

9:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 1,489 saman bernilai RM445,800 menerusi Ops Penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura yang bermula 1 Julai hingga Sabtu lalu, kata Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia Muhammad Kifli Ma Hassan.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga 14,379 kenderaan Singapura telah diperiksa di luar kedua-dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan sekitar bandar raya Johor Bahru.

“Setakat ini, 1,489 pemilik atau pemandu kenderaan yang kita saman ini dikesan tidak memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP.

“Antara alasan diberikan mereka yang dikompaun adalah menyangkakan kerajaan Malaysia masih belum lagi melakukan penguatkuasaan dan masih dalam tindakan advokasi.

“Dalam semua saman yang kita keluarkan, terdapat seorang sahaja yang tidak memberi kerjasama pada awalnya namun apabila kita ingin menyita kenderaan tersebut akhirnya dia akur dan terus menjelaskan saman dan mendaftar VEP,”  katanya kepada media selepas Operasi Khas Penguatkuasaan VEP di susur keluar di BSI, Bukit Chagar malam tadi.

Muhammad Kifli dalam pada itu menjelaskan dapatan mendapati hampir 90% kenderaan Singapura (persendirian) telah memiliki VEP dengan memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP berdasarkan pemeriksaan kenderaan yang dilaksanakan. 

Beliau berkata hingga 31 Julai lalu, sebanyak 277,930 tag RFID telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan Singapura, melibatkan kenderaan persendirian individu dan syarikat.

“Kita ingin menegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya, lapor Bernama.

Penguatkuasaan permit VEP menyaksikan pemandu kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki negara tanpa permit berkenaan berisiko dikompaun RM300.

Ia selaras Seksyen 66H(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu menjadi suatu kesalahan jika mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di Malaysia.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tarikh 1 Julai dipilih kerana masa yang diberikan agak panjang.

“Seperti yang kita katakan, kita bermula dengan pendekatan advokasi secara berhemah pada 1 Oktober 2024,” katanya. – 4 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related