◉ HEADLINES

Nafi Istiadat Perkahwinan Diraja, Istana Perak lapor polis

Terdahulu, satu video dimuat naik di TikTok mendakwa majlis itu akan berlangsung di Istana Iskandariah pada 7 Ogos ini

12:19 PM MYT

 

IPOH – Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis susulan video tular melalui TikTok mengandungi maklumat palsu berkaitan Istiadat Perkahwinan Diraja Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang kononnya akan berlangsung pada 7 Ogos ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik dalam kenyataan berkata laporan polis telah dibuat pada 31 Julai lepas.

Beliau berkata tiada sebarang Majlis Persandingan Diraja dilangsungkan di Istana Iskandariah pada 7 Ogos dan tiada sebarang liputan siaran secara langsung Majlis Akad Nikah untuk tontonan umum seperti dilaporkan dalam video terbabit.

“Pejabat Duli Yang Maha Mulia tidak mengenali dan tidak ada sebarang hubungan dengan pemilik akaun TikTok tersebut serta tidak melantik mana-mana pihak atau pemilik akaun media sosial sebagai jurucakap Istana Perak bagi sebarang majlis di Istana Perak termasuk Majlis Perkahwinan Diraja.

“Pejabat menegaskan bahawa kandungan laporan akaun TikTok berkaitan sama sekali tidak benar dan dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya.

Meor Hezbullah turut meminta orang ramai menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu bagi mengelak kekeliruan dan salah faham anggota masyarakat di samping melindungi nama baik Istana Perak.

Terdahulu, video berdurasi 58 saat itu dimuat naik dengan menyatakan terdapat Majlis Persandingan Diraja akan berlangsung di Istana Iskandariah pada 7 hingga 17 Ogos ini dan akan disiarkan secara langsung menerusi sebuah stesen televisyen tempatan pada 11.30 pagi 7 Ogos.

Menurut video itu, Majlis Akad Nikah dan Berbedak turut akan dipersembahkan kepada umum untuk rakyat Perak serta menyatakan pasangan diraja akan ke Tamparuli, Sabah selama seminggu untuk urusan perkahwinan berkenaan pada 17 Ogos. – 4 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related