◉ HEADLINES

Ahmad Redza kini Pengerusi KTMB

KTMB yakin pelantikan itu dapat merancakkan transformasi korporat KTMB ke arah masa depan yang lebih progresif dan mampan

9:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama firma guaman Messrs Shahrizat Rashid & Lee, Datuk Ahmad Redza Abdullah diumum sebagai pengerusi baharu Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkuat kuasa Ogos 2025.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya yakin dengan pengalaman lebih tiga dekad dimiliki Ahmad Redza dalam menangani kes-kes litigasi berprofil tinggi serta nasihat korporat strategik, beliau mampu memperkukuh landskap tadbir urus dan merancakkan transformasi korporat KTMB ke arah masa depan yang lebih progresif dan mampan.

“Pelantikan itu disambut baik oleh seluruh lembaga pengarah, pengurusan kanan dan warga kerja KTMB, memandangkan kredibiliti serta rekod cemerlang Ahmad Redza dalam bidang perundangan dan korporat,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Redza kini menerajui REC Legal (Redza Eleena Chong) sebagai Rakan Kongsi Pengurusan dan kepimpinan beliau dalam firma berkenaan yang diiktiraf atas kepakaran dalam litigasi perdagangan dan korporat mencerminkan keupayaan beliau untuk membawa ketegasan prinsip, ketelusan dan integriti ke dalam pentadbiran KTMB.

“Sepanjang kerjaya beliau, Ahmad Redza telah membimbing serta mewakili syarikat tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai isu penting melibatkan penyusunan semula korporat, pertikaian pemegang saham serta litigasi dalam sektor strategik seperti pembinaan dan perbankan.

“Kefahaman mendalam beliau terhadap ekosistem perniagaan dan kawal selia menjadikannya aset yang berharga dalam menyokong hala tuju jangka panjang syarikat serta memperkukuh keyakinan pemegang taruh,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam perkembagan sama, Ketua Pegawai Teknikal KTMB Ahmad Nizam Mohamed Amin dilantik bagi menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, susulan Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin tamat tempoh perkhidmatan.

Ia bertujuan memastikan kelangsungan operasi dan kesinambungan strategi pengurusan syarikat.

KTMB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Rani atas khidmat baktinya sepanjang tempoh perkhidmatan dan berharap beliau akan terus memberi sumbangan bermakna dalam industri rel pada peringkat lebih luas.

“KTMB menzahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan strategik Ahmad Redza sebagai pengerusi bersama-sama dengan sokongan padu pengurusan serta pemegang taruh, syarikat akan berada pada landasan kukuh untuk melangkah ke fasa pertumbuhan yang lebih signifikan dipacu oleh inovasi, pendigitalan dan kecemerlangan perkhidmatan,” kata kenyataan itu. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related