◉ HEADLINES

AS rancang tarif sekitar 100% terhadap import semikonduktor: Trump

Tarif baharu itu dikenakan ke atas 'semua cip dan semikonduktor yang masuk ke AS', namun tidak terpakai kepada syarikat yang komited menjalankan pembuatan di negara berkenaan

9:02 AM MYT

 

WASHINGTON – Tarif kira-kira 100% akan dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas produk cip semikonduktor, kata Presiden Donald Trump.

Beliau berkata, tarif baharu itu dikenakan ke atas ‘semua cip dan semikonduktor yang masuk ke AS’, namun tidak terpakai kepada syarikat yang komited menjalankan pembuatan di negara berkenaan.

Trump memberitahu media berhubung perkembangan terbaharu itu di Pejabat Oval pada Rabu.

“Jadi, tarif 100% akan dikenakan ke atas semua cip dan semikonduktor yang masuk AS. Tetapi, jika anda telah membuat komitmen untuk membina (di AS), atau sedang dalam proses pembinaan (di AS), seperti dilakukan ramai pihak, maka tiada tarif dikenakan,” kata Trump, lapor agensi berita.

Masih belum jelas jumlah sebenar cip yang akan termasuk skop pengenaan tarif tersebut.

Terdahulu, media melaporkan Kongres telah mewujudkan program subsidi US$52.7 bilion bagi pengeluaran dan penyelidikan semikonduktor pada 2022.

Di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden tahun lalu, Jabatan Perdagangan berjaya meyakinkan kelima-lima syarikat semikonduktor termaju menempatkan kilang cip mereka di AS menjadi sebahagian program tersebut.

Tahun lalu, jabatan itu menyatakan AS hanya menghasilkan sekitar 12% cip semikonduktor di peringkat global, menurun 40% sejak 1990.

Trump menambah: “Jika, atas apa-apa sebab, anda mengatakan sedang membina tetapi tidak membina, maka kami akan mengira semula, ia akan terkumpul, dan kami akan mengenakan caj — anda tetap perlu membayar, dan itu satu jaminan.” – 7 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related