◉ HEADLINES

‘Hati-hati sebelum kena saman’, sindir Azalina berkait analogi ‘lembu betina’ PAS

Menteri undang-undang itu mengingatkan pemimpin PAS agar 'berhati-hati' untuk elak dari disaman

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said memberi peringatan kepada beberapa sosok pemimpin PAS untuk tidak sewenang-wenang membandingkan pemimpin wanita dengan haiwan.

Menurut beliau, pemimpin PAS terbabit mungkin telah melanggar beberapa peruntukan undang-undang apabila turut memetik ayat Al-Quran untuk mempertahankan analogi tersebut.

Dalam satu perkongsian di platform X, Azalina berkata, pemimpin-pemimpin PAS terbabit mungkin telah melanggar beberapa peruntukan, iaitu Seksyen 509, 504 dan 298A Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga seksyen tersebut masing-masing berkaitan perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang, mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan, serta tindakan yang menyebabkan suasana tidak harmoni.

Identiti pemimpin PAS terbabit tidak dinamakan, sebaliknya Azalina memuat naik tangkap layar dua laporan berita memetik Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran Salman Al Farisi dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kepada mereka yg berkenaan: Jika anda masih membandingkan pemimpin wanita dengan haiwan pada 2025, tahniah!

“Hati-hati, sebelum kena saman,” katanya menyindir kedua-dua pemimpin PAS itu.

Tegas Azalina lagi, sesiapa yang menggunakan agama dalam hujah mereka juga boleh dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan kata-kata menghina.

Baru-baru ini Portal Malaysiakini melaporkan Salman membandingkan lelaki dengan lembu jantan dan wanita dengan lembu betina bagi menegaskan kepentingan lelaki sebagai pemimpin, berdasarkan pengalamannya menternak haiwan.

Salman mendakwa, lazimnya seekor lembu betina yang akan ‘menentukan segalanya’, manakala lembu jantan hanya bertugas melindungi kumpulannya.

“Sebab itulah, kalau boleh kita jangan jadi seperti lembu yang mengangkat ‘betina’ sebagai ketua. Lelaki sepatutnya menjadi ketua dan seiringan dengan ayat al Quran dalam surah an-Nisa ayat 34.

“Kesianlah jika kehidupan kita itu disamakan seperti kehidupan lembu,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Semalam, Tuan Ibrahim terus mempertahankan Salman dan tidak nampak ‘apa yang seksisnya’ dengan kenyataan tersebut.

Malah katanya analogi sedemikian sering digunakan dalam karya sastera dan bukan bertujuan merendahkan martabat wanita.

“Dalam sejarah penulisan Islam, terdapat karya seperti Kalilah wa Dimnah yang sarat dengan perumpamaan dan kisah haiwan bagi menyampaikan pengajaran dan nilai moral,” katanya. – 7 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related