◉ HEADLINES

Lelaki bunuh, tanam anak usia 6 tahun didakwa

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Jelebu hari ini atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun, bulan lalu.

Tertuduh M Arunkumar, 36, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga bapa mangsa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas anak lelakinya Tishant Arunkumar, 6.

Kesalahan itu dilakukan pada 23 Julai 2025 antara jam 9.02 pagi hingga jam 12.55 tengah hari di tepi jalan Kilometer 25 Jalan Rompin, Bahau daerah Jempol.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh untuk sebutan bagi laporan bedah siasat.

Kemudian mahkamah menetapkan sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Seremban, pada 10 September depan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor, pada 24 Julai lalu, ditemukan ditanam di kawasan sunyi di Rompin, Jempol.

Susulan penemuan itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, tertuduh sebelum ini membuat laporan polis mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan di dalam kereta ketika dia keluar membeli makanan.

Bedah siasat oleh Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau mendapati mangsa maut akibat tekanan pada leher kerana dijerut menggunakan kabel pengikat.

Mangsa dibawa dari Johor ke kawasan berkenaan yang sering dilalui tertuduh dan dibunuh sebelum mayatnya ditanam. – 7 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related