◉ HEADLINES

Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina bermula jam 9 pagi

Proses bedah siasat itu dilakukan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) diketuai pakar patologi Dr Jessie Hiu

11:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Kota Kinabalu, bermula kira-kira jam 9 pagi tadi.

Peguam keluarga Allahyarham, Hamid Ismail berkata proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar itu yang dilakukan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) diketuai pakar patologi Dr Jessie Hiu.

Terdahulu, jenazah pelajar berusia 13 tahun itu tiba di hospital pada jam 10.30 malam tadi selepas selesai melalui proses penggalian semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang.

Jenazah kemudian dibawa ke Jabatan Radiologi untuk pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) sebelum disimpan di Jabatan Perubatan Forensik, lapor BH.

Perkarangan kawasan perkuburan dibanjiri kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat bagi menyaksikan proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina.

Proses itu dikawal sepasukan anggota polis bagi memastikan ia berjalan lancar sambil dipantau pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Jenazah Allahyarham Zara dikebumikan pada 17 Julai lalu selepas disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai.

Penggalian semula kubur dilakukan selepas mendapat perintah Majistret Zuraini Ali Musa melalui prosiding secara aplikasi Zoom yang didengar di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar tengah hari semalam.

Sebelum ini, keluarga arwah meminta kubur Zara digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan agar dapat melengkapkan siasatan berhubung punca kematian pelajar terbabit.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dalam laporan media pada 31 Julai lalu, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian berkenaan. – 10 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related