◉ HEADLINES

MCMC rakam keterangan dua individu, didakwa persenda lagu Negaraku

MCMC tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempersenda atau mempelekeh lagu kebangsaan, selaras dengan Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968

2:43 PM MYT

 

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung penyiaran video di media sosial yang didakwa memaparkan nyanyian dalam bentuk mempersenda dan tidak menghormati lagu kebangsaan ‘Negaraku’.

MCMC dalam kenyataannya berkata, sesi rakaman keterangan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya, semalam.

Turut disita, katanya, ialah seunit telefon bimbit dan sekeping kad SIM bagi tujuan siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,’’ katanya.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempersenda atau mempelekeh lagu kebangsaan, selaras dengan Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang menetapkan kewajipan menghormati lagu tersebut oleh setiap warganegara.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk sentiasa menghormati lagu Negaraku sebagai tanda kesetiaan dan cinta kepada tanah air serta mengelak daripada melakukan atau menyebarkan apa-apa perbuatan yang boleh dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan. – 13 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related