◉ HEADLINES

Selepas Pulau Pinang, Pemuda DAP Wilayah Persekutuan pula gesa putus hubungan dengan Akmal

DAPSY Wilayah Persekutuan berkata perpaduan tidak boleh dibina atas asas retorik perkauman dan layanan dua darjat

11:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP (DAPSY) Wilayah Persekutuan menggesa kepimpinan DAP memutuskan sebarang bentuk hubungan politik dan tidak bekerjasama dengan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

Ini kerana, katanya, dalam kenyataan hari ini, Akmal tidak pernah memohon maaf atas segala kesalahan yang didakwa merosakkan perpaduan negara.

Selain DAPSY Wilayah Persekutuan, turut membuat gesaan sama sebelum ini ialah Pemuda DAP Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Tindakan dan kenyataannya yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan dan perpaduan tidak wajar dikompromi oleh mana-mana pihak yang menjunjung kedaulatan undang-undang.

“DAPSY WP KL menyeru semua pemimpin, tanpa mengira parti politik supaya bersikap matang dan bertanggungjawab dalam setiap kenyataan serta tindakan terutama apabila melibatkan simbol negara yang menjadi milik semua rakyat Malaysia.

“Perpaduan tidak boleh dibina atas asas retorik perkauman dan layanan dua darjat,’’ katanya.

Baru-baru ini, Akmal menegaskan kerjasama DAP dengan Umno dalam Kerajaan Perpaduan akan terlerai jika Pemuda DAP mahu memutuskan hubungan dengannya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu, ia adalah antara risiko dan implikasi yang harus ditanggung DAP jika bertindak demikian.

DAP sebelum ini mengarahkan sayap Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara membuat laporan polis terhadap tindakan Akmal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, yang mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ia susulan isu melibatkan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang mengibar Jalur Gemilang terbalik, Sabtu lalu.

Ketua Pemuda UMNO itu mengetuai protes di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, selepas pemilik premis terbabit dirakam menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.

Mengulas lanjut, DAPSY Wilayah Persekutuan berkata, walaupun semangat mempertahankan maruah negara dan simbol kebangsaan adalah sesuatu yang patut dipuji namun tindakan Akmal dilihat berat sebelah.

“Sikap sedemikian bukan sahaja mencetuskan ketegangan malah boleh menggugat keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional yang telah lama kita bina bersama.

“DAPSY WP KL percaya bahawa sekiranya terdapat kesilapan atau kecuaian dalam mengibarkan Jalur Gemilang, kesilapan tersebut harus ditangani secara adil, berhemah dan profesional mengikut peruntukan undang-undang tanpa mengheret emosi perkauman atau sentimen politik sempit.

“Pendekatan yang menyasarkan kumpulan tertentu sahaja, tetapi membisu apabila perkara serupa dilakukan oleh pihak lain, jelas menimbulkan persepsi bahawa tindakan tersebut adalah bermotifkan kepentingan politik semata-mata,’’ katanya.

Malaysia, ujarnya, sebagai sebuah negara majmuk memerlukan pemimpin yang konsisten, adil dan berpandangan jauh, bukan yang memanipulasi isu sensitif untuk meraih sokongan politik jangka pendek. – 17 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related