◉ HEADLINES

ATM batal pembelian 4 helikopter Black Hawk

Panglima Angkatan Tentera berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong Sabtu lalu

8:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membatalkan pembelian empat helikopter jenis Black Hawk dengan nilai kontrak kira-kira RM187 juta, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya cadangan pembelian helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun dibatalkan.

“ATM sentiasa menjunjung dan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembelian helikopter Black Hawk lama yang kebanyakannya berusia lebih 30 tahun.

“Kita tidak akan mengusulkan (helikopter) Black Hawk pun dan telah mengambil maklum hasrat Tuanku. Tender sudah pun keluar,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Sabtu lalu, Sultan Ibrahim menitahkan Kementerian Pertahanan membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, baginda mengingatkan Kementerian Pertahanan tidak mengulangi kesilapan dahulu.

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat Sky Hawk secara ‘second hand’. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri.

“Saya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ‘ejen’ atau bekas jeneral yang menjadi ‘salesman’, malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual ‘drone’,” titah baginda dalam catatan di Facebook.

“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,” titah Seri Paduka Baginda. – 19 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related