◉ HEADLINES

Malaysia terbuka bincang pelaksanaan e-hailing rentas sempadan dengan Singapura

Menteri Pengangkutan berkata Singapura sebelum ini belum bersedia untuk membincangkan isu terbabit

9:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kementeriannya secara prinsip dan dasar sedia untuk berbincang dengan Singapura dalam usaha meningkatkan sambungan rentas sempadan antara Johor dan republik itu, termasuk perkhidmatan e-hailing.

Beliau berkata, Malaysia berharap untuk dapat meneruskan perbincangan bagi pelaksanaan perkhidmatan e-hailing rentas sempadan itu antara Johor ke Singapura.

Jelasnya, cadangan itu juga diharap disambut baik republik itu supaya idea berkenaan dapat diangkat menjadi suatu kenyataan.

“Berkenaan cadangan pelaksanaan perkhidmatan e-hailing di antara Johor dan Singapura, perkara ini dalam perhatian saya.

“Apabila ada cadangan untuk berikan kebenaran bagi e-hailing ‘cross-border’, perlu ada perbincangan lanjut antara dua pihak membabitkan kerajaan Singapura dan Malaysia.

“Kita harap boleh teruskan perbincangan dan harap ini dapat disambut oleh pihak Singapura untuk mengangkat idea ini menjadi realiti,” katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini, lapor BH.

Loke berkata, sebelum ini pihaknya pernah mengangkat idea perkhidmatan e-hailing rentas sempadan itu dengan bekas Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat.

Namun, katanya Singapura pada masa itu belum bersedia untuk membincangkan isu terbabit.

“Secara dasarnya, kita berharap cross-border e-hailing ini dapat dilaksanakan,” katanya lagi.

Mengulas perkembangan berkaitan, Loke menjelaskan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan dan menyita empat kenderaan persendirian yang dipandu oleh individu warga Singapura, melalui ops khas e-hailing kenderaan asing yang dilaksanakan 13 Ogos lalu.

Beliau berkata, melalui ops khas kenderaan pengangkutan awam membabitkan bas persiaran Singapura pada 4 Mei lalu, JPJ menahan dan menyita lima bas terbabit yang dipandu warga Singapura.

“Perkara ini sedang dalam perbicaraan mahkamah. Semua kenderaan terbabit ini tidak mempunyai lesen pengendali yang sah, tidak berdaftar sebagai kenderaan perkhidmatan awam,” katanya. – 19 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related