◉ HEADLINES

Nombor telefon ugut isteri Rafizi didaftar atas nama warga asing

Setakat ini sebanyak 19 keterangan telah dirakamkan

1:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nombor telefon yang digunakan bagi menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, didaftarkan atas nama warga asing, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

“Kita sedang mengesan individu terbabit,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Serangan terhadap anak lelaki Rafizi itu berlaku pada 12 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun itu dan kemudian mencucuknya dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah itu pada 1.45 tengah hari.

Rafizi mendakwa serangan terhadap anaknya dipercayai ada kaitan dengan ‘siasatan’ yang sedang dijalankannya berhubung satu skandal dan isterinya juga telah menerima ugutan melalui telefon selepas insiden itu.

Dalam pada itu, Mohd Khalid memberitahu, setakat ini polis telah merakam keterangan daripada 19 individu berhubung siasatan kes berkenaan.

Beliau memberitahu, keterangan diambil daripada ahli keluarga serta beberapa individu lain.

“Sehingga kini, sebanyak 19 keterangan telah dirakam, termasuk daripada ahli keluarga, pemandu, pekerja dan individu berkaitan lain,” katanya. – 22 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related