◉ HEADLINES

Empat syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) alami kerugian

MOF berkata syarikat terbabit rugi kerana perlu menyokong penyediaan perkhidmatan untuk keselesaan rakyat dengan kadar tambang yang murah dan berpatutan

9:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan kewangan beraudit 2023 mendedahkan, Prasarana Sdn Bhd (Prasarana), Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) adalah antara syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang mengalami kerugian.

Kementerian Kewangan menjelaskan, syarikat terbabit yang melaksanakan projek infrastruktur awam, terutama pengangkutan rel dan infrastruktur jambatan, mengalami kerugian kerana perlu menyokong penyediaan perkhidmatan untuk keselesaan rakyat dengan kadar tambang yang murah dan berpatutan.

MKD sebagai pemegang saham majoriti syarikat katanya, sentiasa berusaha meningkatkan kawalan bagi memantau prestasi syarikat dari segi kewangan dan tadbir urus supaya operasi syarikat MKD selaras dengan objektif penubuhan dan mandat yang ditetapkan.

“Antara langkah yang diambil untuk meningkatkan pemantauan terhadap syarikat MKD adalah melalui pembentangan pelan perniagaan tahunan syarikat, penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat dan laporan pencapaian KPI setiap suku tahun, Pelaporan Penyata Kewangan Beraudit Tahunan dan Pelaporan Pengurusan Kewangan Suku Tahun.

“Selain itu, MKD juga mengambil inisiatif dengan mengadakan Mesyuarat Corporate Improvement Programme (CIP) bagi syarikat MKD yang tidak mencapai sasaran KPI sekurang-kurangnya 80 peratus pada tahun semasa, yang mana Mesyuarat CIP bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi syarikat dan membincangkan penambahbaikan struktur syarikat.

“Syarikat MKD yang gagal mencapai sasaran KPI juga diminta mengemukakan penjelasan lanjut dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan syarikat bagi memperbaiki prestasi serta kedudukan kewangan,” jelasnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, lapor BH.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) berhubung senarai 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mencatat kerugian tertinggi dan langkah serta tindakan undang-undang yang diambil kerajaan untuk menangani kerugian itu.

Sementara itu, Kementerian Kewangan turut memaklumkan, beberapa syarikat MKD turut mencatat keuntungan, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), IJN Holdings Sdn Bhd dan SIRIM Berhad.

Jelas Kementerian lagi, syarikat GLC di bawah MKD ditubuhkan bukan berorientasikan keuntungan tetapi untuk tujuan tertentu berdasarkan mandat yang ditetapkan kerajaan, antaranya menyediakan perkhidmatan dan obligasi sosial kepada rakyat, seperti perkhidmatan pengangkutan/infrastruktur awam dan utiliti.

“Ia juga bagi memenuhi jurang pasaran yang tidak diceburi sektor swasta dan mengekalkan kepentingan kerajaan dalam sektor strategik,” katanya. – 26 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related