◉ HEADLINES

Anwar puas hati sistem SARA semakin lancar

Meskipun berlaku gangguan kecil pada awal pelaksanaannya namun semua masalah berjaya ditangani dan sistem kini berfungsi dengan baik

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan prestasi sistem pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaporkan lancar sejak beberapa hari lalu.

Menurut Anwar, meskipun berlaku gangguan kecil pada awal pelaksanaannya namun semua masalah berjaya ditangani dan sistem kini berfungsi dengan baik.

“Saya tengok tadi bukan satu tapi ada tujuh, lapan (penerima SARA) saya periksa, semua nampak berjalan baik.

“Hari pertama dan kedua memang ada sedikit ‘glitch’ (gangguan sementara) tapi sekarang lancar, dalam empat lima hari ini tiada satu pun aduan,” katanya, lapor Bernama.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Program Madani Rakyat di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling, Kedah, hari ini.

Ia turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pelaksanaan SARA kepada individu berumur 18 tahun ke atas, menjadi contoh kepada pemimpin negara luar meskipun mereka mengakui ia sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.

Anwar berkata, beliau pernah berbincang mengenai perkara tersebut dengan rakan-rakan sejawatannya, terutama pemimpin Asean dan mereka menyatakan tidak mampu untuk melaksanakan inisiatif seumpama itu kepada rakyat di negara masing-masing.

“Perdana Menteri Vietnam (Pham Minh Chinh) baru-baru ini umumkan bantuan kepada rakyat sekitar RM50 seorang, dia tanya saya macam mana (laksanakan bantuan seperti SARA)… Kita belanja RM15 bilion untuk SARA ni,” katanya.

Ukuran sebenar kejayaan, kata beliau, ialah kemampuan kerajaan untuk mengagihkan kemakmuran secara adil dan menjamin keselesaan hidup rakyat termasuk di kawasan terpinggir dan terpencil.

“Dalam kerajaan Madani kita teruskan beri tumpuan dan perhatian dalam soal pembangunan wilayah dan desa…dan dari segi bantuan langsung kepada rakyat,” kata beliau. – 6 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related