◉ HEADLINES

Polis ditembak, ditikam lelaki bawa mayat wanita dalam kereta

Polis berkata pistol milik anggotanya itu turut dilarikan suspek dalam kejadian pada jam 1.15 pagi tadi

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang konstable polis cedera selepas ditembak dan ditikam seorang lelaki ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan mencurigakan di Simpang Pulai, dekat Ipoh awal pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 1.15 pagi itu, sepasukan anggota Balai Polis Simpang Pulai sedang menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum mengesan sebuah kereta mencurigakan di kawasan Taman Desa Pakatan.

Beliau berkata, kereta berkenaan enggan berhenti apabila diarahkan dan bertindak melarikan diri sehingga menyebabkan pihak polis mengejarnya sebelum suspek memberhentikan kenderaan di kawasan kebun kelapa sawit.

Katanya, berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis terlibat ketika cubaan tangkapan dilakukan.

“Suspek berjaya merampas pistol milik anggota terbabit lalu melepaskan tembakan mengenai bahagian perut mangsa sebelum turut menikamnya. Suspek kemudian melarikan diri bersama pistol berkenaan.

“Anggota polis berusia 26 tahun pangkat konstabel ini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Noor Hisam berkata, lebih mengejutkan apabila polis menemukan mayat seorang wanita di tempat duduk belakang kenderaaan suspek ketika pemeriksaan lanjut dilakukan.

Jelasnya, sehingga kini identiti mayat wanita yang ditemui masih belum dapat dikenal pasti.

“Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HRPB bagi mengenal pasti identiti serta punca kematian wanita tersebut,” jelasnya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 012-2500019 bagi membantu siasatan.

“Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri. Usaha sedang dipertingkatkan bagi memastikan suspek dapat ditangkap dalam kadar segera,” katanya. – 7 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related