◉ HEADLINES

Putin pertimbang secara serius kehadiran ke Malaysia: PM

Sidang Kemuncak Asean ke-47 dijadualkan pada bulan depan

9:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang mempertimbang secara serius untuk datang ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut dimaklumkan susulan pertemuan antara beliau dan Putin di Beijing, baru-baru ini.

Beliau turut mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri China, Li Qiang juga akan melawat Malaysia bulan depan bersempena Sidang Kemuncak Asean ke-47.

“Presiden Putin bertemu saya di Beijing dan berkata beliau sedang menimbang dengan serius untuk datang ke Malaysia.

“Trump telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa beliau akan menghadiri sidang kemuncak itu, yang turut akan dihadiri oleh Perdana Menteri China Li Qiang,’’ katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-50 Kumpulan Ambank di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, lawatan peringkat tinggi ini menekankan kepentingan geopolitik Malaysia yang semakin meningkat, walaupun di tengah ketidaktentuan global.

“Ini adalah masa yang mencabar. Namun begitu, saya amat optimis kerana kita mempunyai daya tahan. Kita perlu membina daya tahan ini, baik dari segi ekonomi mahupun domestik.

“Tiada sebab, sama sekali tiada sebab, mengapa kita tidak boleh mengatasi cabaran kerana asas kita telah kukuh,” katanya, lapor Bernama.

Mengenai kestabilan domestik, Perdana Menteri menegaskan pentadbirannya komited memastikan kestabilan politik dan kejelasan ekonomi, yang merupakan pemacu utama keyakinan pelabur.

“Ini memerlukan konsep ekonomi yang jelas… kejelasan dalam dasar, sama ada berkaitan semikonduktor nasional, hala tuju peralihan tenaga, atau transformasi digital,” katanya.

Anwar menekankan bahawa keamanan dan kestabilan Malaysia, bersama kepelbagaian ekonomi dan budaya, menjadikannya rakan yang dipercayai dalam rantau ini. – 10 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related